sungguh kasihan.
keadaan rumah sewa tidak perlulah difeeling feeling mahu rumah seperti di uitm shah alam.
rumah teres dua bilik dan satu bilik kecil hanya muat untuk pikah meletak baju-baju beliau.
sebuah peti ais yang hanya jd tempat menyejukkan coke oleh dila.coke adalah kegemarannya.bangun tidur,coke.nk tidur,coke.lepak,coke.kalau bole,sedang tidur pun beliau mahu pasang tiub mcm pesakit yg koma.coke akan disalur pada saluran tiub itu.
sudah ketagih coke yg sgt kritikal sungguh.
sinki cuci pinggan telah kami semua jadikan tempat gosok gigi dan cuci muka.alasan;sinki dalam toilet kecil sangat sambil diperhati oleh seekor anak cicak yg terputus ekor.dari mula pindah sampai sekarang,anak cicak itu masih disitu.nk bunuh,kasihan.mungkin dia seekor cicak yg cacat dan yatim piatu.
rice cooker yang konon kononnya akan jadi medium untuk sayy memasak.tapi sampai sekarang,rice cooker masih di dalam plastik dengan keadaan yg sama seperti minggu lepas.tidak pernsah dialih dan diambil peduli.kalau rice cooker itu dirumah lain,mesti ia digunakan puluhan kali.
dua buah bilik itu langsung tidak berguna.keempat-empat kami selesa tidur di ruang tamu.bilik hanya jadi tempat penyalinan dan menyapu bedak dettol di ketiak.bedak wakaf pikah untuk teman serumahnya.bedak itu sungguh dingin.selesa disapu ketika mahu tidur.bersepah berterabur sisa sisa bedak dilantai selepas sayy menyapu bedak di badannya.bagaimana bole beterabur bedak itu dilantai,hanya beliau yang tahu apa beliau lakukan.
dikala mahu tidur pula,tiada bedtime story.tetapi gelak terbahak bahak oleh kami.
keadaan itu berlanjutan sehingga 2 ke 3 pagi.sehingga ketawa seoarang demi seorang betukar menjadi dengkur.

pikah

sayy

dila
No comments:
Post a Comment