20100623

sahabat karib








kalau sekarang aku berumur 9tahun, dan tatkala itu adalah musim menulis biodata,
pada ruangan sahabat karib, pasti nama-nama mereka akan ku tulis.

merekalah sahabat dan juga saudaraku!aku pasti tentang itu.

tiada pernah terjadi sekalipun persengketaan antara kami.

mereka bijak dalam menjaga erti persahabatan.

6thun sudah persahabatan kami.

hanya aku dan mereka sahaja yg tahu apa erti sahabat yang kami mahukan.

jikalau ada hal buruk tentang mereka,biarkan sahaja hati ini menyimpan segala rahsia itu,dan begitu jugak tentang mereka yang lain.

perbezaan umur,pekerjaan,tahap pembelajaran,miskin atau kaya,buruk cantik,jantina antara kami semua langsung tidak pernah dipertikaikan.

mana yg ada kita kongsi bersama.harmoni.

aku bersyukur kerana diberi mereka kepadaku untuk ku tulis dalam ruangan sahabat karib.

No comments: