baca tajuk pun macam takut kan.
jikalau aku bertanya apa itu karma?
jawapan yang kuterima selalu begini;
-kalau kita buat jahat,kita akan di balas dengan sesuatu yang jahat jugak nanti.
-what goes around comes around.
-tajuk lagu Cokelat. (pernah menjadi lagu kegemaranku semasa sekolah dan selalu ditujukan pada bekas teman lelakiku dan setiap kali pergi karoke,lagu ini termasuk dalam list semasa giliran aku untuk memilih lagu dan juga pernah menjadi caller ringtone aku semasa ditingkatan5)
-tajuk lagu Rihanna
tapi aku ada terjumpa satu jawapan yang agak suam suam kuku nampak manis bila disebut dan menusuk kalbu jika difikir-fikirkan;
"Be good and you will be happy and we will love you; but if you are bad, you will be unhappy and we will not love you"
aku sangat percaya pada karma.
antara karma yang pernah terjadi dalam sejarah hidupku;
1.pernah ketika dulu-dulu.tidak ingat tanggal dan tahun bila.aku pernah mencaras teman lelaki milik kenalan.dan sebagai karma,perempuan lain yang lebih berperwatakan menarik mencaras lelaki itu dariku.(sumpah,tidak akan ku ulangi perbuatan khianat seperti ini!)
2.aku pernah meninggalkan seorang lelaki tanpa sebab.ada sebab sebenarnya.mahu diberi ruang untukku bebas bersama rakan-rakan yang lain.itu alasan yang aku beri padanya.padahal pada otak pemikiran nakalku,aku brejumpa seorang lelaki yang agak tampan.buta-buta aku tinggal lelaki yang sangat baik.dan sebagai karma,aku pula ditinggalkan lelaki yang agak tampan itu.
bosan kan asyik benar pasal cinta.aku janji pada sejarah yang no3 dan seterusnya,tiada lagi pasal cinta kerana aku sekarang sudah tidak mepunyai cinta.
3.aku pernah menambah-nambah cerita memburukkan seorang kenalan.(geram yang teramat mungkin).ketika itu aku alpa bahawa manusia lain juga punyai mulut dan otak pemikiran yang jauh 1000x lebih jahat dariku.sebagai karma,cerita fitnah yg maha dasyat telah menimpaku.
pengajaran di sini,
Be good and you will be happy and we will love you; but if you are bad, you will be unhappy and we will not love you.
1 comment:
Post a Comment