20100611

baruku tahu tahap kemampuanku

kalau Rangga ingin ke pasar,mau ramai,mau hingar.
tatkala ini,aku benar-benar ingin mencari sebuah dangau yang terletak tengah-tengah bendang yang seluas beberapa hektar.
yang kelilingya tiada rumah-rumah lain kecuali dangau-dangau milik petani yang lain.
di bendang itu kelihatan jebon-jebon ternonong lari mungkin dikejar ular tedung sela.
ikan puyu dan ikan ikan tamban,haruan dan juga keli terdiam sepi di dalam bendang yang airnya hanya cetek.setakat buku lali mungkin jika kakiku tidak tenggelam dek selut yg kelabu itu.mereka selesa begitu.
keadaan itu sungguh damai walaupun tidakku pasti apa dalam otak pemikiran jebon,ular tedung sela,ikan puyu,ikan tamban,ikan haruan dan juga ikan keli.
tp sungguh damai skali jika nk dibandingkan dengan rumah teres dua tingkat ini.
lelah aku dibuat mereka.
jika dulu aku berminat terhadap kanak kanak.
semalam,minat aku yg satu itu luntur.lunyai.bagai hilangnya rasa cinta aku terhadap manusia yg satu itu.tiada lagi minat itu.
tahap kemampuanku untuk menjaga budak-budak ternyata gagal.
aku mungkin dapat menjaga kanak-kanak untuk sehari.tetapi bukan untuk hari yg seterusnya,apatah lagi hari ini hari yg ke-6.
jikalau cerek diletakkan di atas kepalaku,mungkin sudah mendidih-didih dan mencurah-curah keluar dari mulut cerek yg runcing itu.
aku sudah tidak tahan lagi.
hari ini jugak aku akan pulang.
nekad.